Monday, 26 September 2016

Lawatan Penanda Aras

Pada 26/9/16, satu lawatan penanda aras dari SMK Muhibbah, Sandakan telah berlangsung di KD10. Kehadiran 3 wakil 3 orang guru dan 20 orang murid telah memberikan impak yang besar apabila kami sama-sama dapat bertukar cerita, pendapat dan pengalaman mengurus SPBT sekolah masing-masing.

Program ini turut mengambil kira bilik-bilik khas yang lain seperti surau, koperasi sekolah, arena sukan, studio seni dan lain-lain. Lawatan dari Sabah ini telah dikendalikan oleh Kelab Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS).



Monday, 5 September 2016

LAWATAN DARI PIHAK PPDPU

Pada hari Isnin, 5/9/2016, satu lawatan oleh pihak PPDPU  ke bilik-bilik khas telah berlangsung di KD10. Lawatan ini merangkumi bilik-bilik khas seperti Studio Seni, makmal-makmal sains, surau, bilik bahasa, pusat sumber sekolah dan tidak ketinggalan Bilik BOSS.




Friday, 17 June 2016

PENGAWAS SPBT 2016

BARISAN PENGAWAS SPBT 2016 SESI PAGI BESERTA GURU-GURU SPBT DAN PENTADBIR KD10 2016


Wednesday, 13 January 2016

AGM Kelab Dan Persatuan - Kelab SPBT

Pada 12/1/16 telah diadakan AGM Kelab Dan Persatuan. AGM diadakan untuk memilih AJK tertinggi dalam sesebuah kelab dan persatuan.

Ahli kelab SPBT 2016

Pengerusi Kelab SPBT, Muhamad Hasif

Thursday, 8 October 2015

MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN SPBT CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pada 6 September 2015, telah berlangsung sebuah majlis bagi menyampaikan Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2015. Majlis telah diadakan di Hotel Flamingo Ampang. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf keringat guru-guru yang telah berhempas-pulas memastikan pengurusan SPBT sekolah masing-masing dalam keadaan baik dan teratur. 

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalis selaku Menteri Pendidikan Malaysia. 

Seluruh warga SPBT KD10 berasa bangga kerana mampu berdiri setanding dengan sekolah-sekolah berpengurusan hebat. Kedudukan saguhati tidak mempu mencalarkan hati kami kerana kami masih berada antara 5 sekolah terbaik dalam pengurusan SPBT seluruh Malaysia.








Friday, 15 May 2015

PEMANTAUAN PERTANDINGAN PENGURUSAN BUKU TEKS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pada 14 Mei 2015, pihak pemantau dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah hadir bagi menilai pengurusan buku teks KD10 bermula dari jan 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pemantauan diwakili oleh Puan Norafidah Binti Norshah dan Encik Mohd. Saifudin Bin Mat Piah dimana kedua-dua mereka selaku Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks di KPM.

Pemarkahan diambil dari pelbagai aspek seperti pengurusan fail serta keceriaan bilik BOSS, Taman SPBT, Laman SPBT dan Aqua SPBT.  

Debaran guru-guru dan para pengawas SPBT amat terasa menantikan keputusan yang bakal diumumkan kelak. Doakan kami di KD10 berjaya tercalon sebagai calon 5 terbaik!

Puan Norafidah Binti Norshah

Pemantauan fail