SEJARAH SPBT

Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SMK KD10 telah ditubuhkan pada tahun 2002. Pengetua yang bertugas pada ketika itu ialah Encik Ghumiat bin Kamdi. Pada awal unit ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi pinjaman buku teks kepada murid yang mempunyai ibu bapa berpendapatan rendah. 

Pada 1 Januari 2008, kerajaan telah meluluskan pinjaman buku teks kepada semua murid warganegara Malaysia tidak mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan. 

Pada awal penubuhan, bilik operasi SPBT sekolah atau bilik BOSS hanya berlantaikan lepa simen dan hanya ada rak buku. Dalam tempoh 10 tahun penubuhan, bilik BOSS dilengkapi dengan meja guru, meja kaunter, almari besi, lantai jubin, rak buku dan lain-lain.

Guru penyelaras yang pernah menerajui SPBT SMK KD10 ialah :
  • Tahun 2002 - 2011 = Pn Azlina Bt Salhudin
  • Tahun 2012 = Cik Ong Hooi Ching
  • Tahun 2013 - sekarang = Pn Azlina Abd Latiff

No comments:

Post a Comment