Thursday, 8 October 2015

MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN SPBT CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pada 6 September 2015, telah berlangsung sebuah majlis bagi menyampaikan Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2015. Majlis telah diadakan di Hotel Flamingo Ampang. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf keringat guru-guru yang telah berhempas-pulas memastikan pengurusan SPBT sekolah masing-masing dalam keadaan baik dan teratur. 

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalis selaku Menteri Pendidikan Malaysia. 

Seluruh warga SPBT KD10 berasa bangga kerana mampu berdiri setanding dengan sekolah-sekolah berpengurusan hebat. Kedudukan saguhati tidak mempu mencalarkan hati kami kerana kami masih berada antara 5 sekolah terbaik dalam pengurusan SPBT seluruh Malaysia.








Friday, 15 May 2015

PEMANTAUAN PERTANDINGAN PENGURUSAN BUKU TEKS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Pada 14 Mei 2015, pihak pemantau dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah hadir bagi menilai pengurusan buku teks KD10 bermula dari jan 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pemantauan diwakili oleh Puan Norafidah Binti Norshah dan Encik Mohd. Saifudin Bin Mat Piah dimana kedua-dua mereka selaku Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks di KPM.

Pemarkahan diambil dari pelbagai aspek seperti pengurusan fail serta keceriaan bilik BOSS, Taman SPBT, Laman SPBT dan Aqua SPBT.  

Debaran guru-guru dan para pengawas SPBT amat terasa menantikan keputusan yang bakal diumumkan kelak. Doakan kami di KD10 berjaya tercalon sebagai calon 5 terbaik!

Puan Norafidah Binti Norshah

Pemantauan fail


Wednesday, 13 May 2015

Info Flora di Laman SPBT

Berikut merupakan informasi mengenai tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Taman SPBT :
1



Famili:                         Zingiberaceae
Nama Saintifik:           Alpinia purpurata.
Nama Tempatan:         Alpinia merah
Negara Asal:               Kepulauan Pasifik dan Maluku
Ciri-ciri pokok:            Tinggi antara 30cm-40cm
Daun bujur runcing, 10-15 cm panjang tersusun berselang seli di kiri kanan batang.
Bunga tersusun rapi pada jambak di pucuk                           
Pembiakan:                  Dibiakkan dengan cara belahan rumpun atau menanam rizomnya
Pokok ini sesuai ditanam di kawasan redup, tepi bangunan yang agak terlindung dari cahaya matahari.

2




Famili:                         Liliaceae
Nama Saintifik:           Chlorophytum comosum.
Nama Tempatan:         Spider plant @ Klorofitum
Negara Asal:                Afrika Selatan
Ciri-ciri Pokok:        Hidup berperdu, mempunyai daun berbentuk linear, tepi berjalur  hijau dan tengah berjalur putih
Pembiakan:           Belahan rumpun atau menanam anak yang terdapat pada hujung tangkai bunga.

3




Famili:                         Liliaceae
Nama Saintifik:           Asparagus densiflorus
Nama Tempatan:         Sprengeri Fern @ Asparagus “Sprengeri”
Negara asal:                 Afrika Selatan
Ciri-Ciri Pokok:           Batang berduri dan tidak begitu suka memanjat
                                    Daun  tirus 2 cm dan  tidak tersusun rapat
                                    Batang kecil dan berwarna putih kekuningan
Buah berbentuk beri berwarna hijau dan merah apabila masak.
Pembiakan:                  Belahan rumpun dan semaian biji benih
Pokok ini biasanya ditanam dalam pasu dan digantung.
Ia juga  ditanam secara berkelompok sebagai tanaman tutup bumi.

4



Famili:                         Pandanaceae
Nama Saintifik:           Pandanus sanderi.
Nama Tempatan:         Pandan kuning
Negara Asal:               Polynesia
Ciri-ciri pokok:            Tinggi 3 – 6 m
                                    Daun hijau berjalur kuning
                                    Tepi daun dan urat daun berduri.
Pembiakan:                  Menanam anak pokok.
Semasa kecil sesuai ditanam dalam pasu, tetapi apabila besar ia lebih sesuai ditanam atas tanah.

5




Famli:                          Polypodiaceae
Nama Saintifik:           Adiantum radianum.
Nama Tempatan:         Adiantum
Negara asal:                 Tropika Amerika
Ciri-Ciri Pokok:           Hidup berumpun, ketinggiannya 25-35 cm.
Berdaun majmuk, tepinya bercuping halus.
Batang pelepahnya berwarna hitam dan keras.
Pembiakannya:           Belahan atau membahagi rumpun dan ditanam dalam pasu.
Elakkan menyiram daunnya dan diletakkan ditempat teduh.

6




Famili:                         Amaryllidaceae
Nama Saintifik:           Crinum asiaticum L.
Nama tempatan:          Krinum @ Spider Lily
Negara Asal:               Selatan Asia
Ciri-ciri Pokok:            Bebawang besar berukuran 15 cm diameter
Pada setiap pokok terdapat 20-30 daun berbentuk pedang berukuran 1-1.5 m panjang dan 7-10 cm lebar dan berwarna hijau muda.
Bunganya keluar dari celah daun dalam jambak yang bertangkai panjang. Terdapat 15-20 kuntum bunga berwarna putih, stamen dan pistil merah keungguan
Pembiakan:                 Menanam bebawang yang telah cukup tua atau membelah rumpun. Ditanam  atas batas yang mendapat cahaya matahari secukupnya.

7



Famili:                         Marantaceae
Nama Saintifik:           Calathea ornata.
Nama Tempatan:         Kalatea
Negara asal:                 Kawasan Tropika Amerika
Ciri-ciri pokok:            Hidup berumpun
                                    Tinggi 0.6-1 m.
Daunnya bujur buntar 15-60 cm panjang dan 6-15 cm lebar.
Daun berwarna hijau keungguan dan terdapat garis putih tersusun.
Pembiakan:                 Pembiakan cara belahan dan ditanam dalam pasu.

8



Famili:                         Agavaceae
Nama Saintifik:           Cordyline terminalis.
Nama Tempatan:         Kodilina @ Jenjuang
Negara asal:                 Asia Tenggara, Australia
Ciri-ciri Pokok:          Batang lurus tidak bercabang, daun tersusun berbentuk roset lebat di pucuk
Daun menarik berwarna warni.
Bunga putih kemerahan, buah berbentuk beri.
Pembiakan:                  Kertan batang atau pucuk berdaun.
Ditanam secara berkelomok atau bercampur dengan pokok lain.

9




Famili:                         Agavaceae
Nama Saintifik:           Dracaena fragrans.
Nama Tempatan:         Drasina Wangi
Negara asal:                 Tidak diketahui
Ciri-ciri pokok:            Batang lurus, keras dan tidak bercabang.
Tinggi 5-7m, daun sesil tumbuh roset 50-90 cm panjang, 7-10 cm lebar dan berwarna hijau tua.
Pembiakan:                  Keratan batang atau pucuk berdaun.

10




Famili:                         Araceae
Nama Saintifik:           Scindapsus aureus.
Nama Tempatan:         Money plant @ Kelampayan
Negara asal:                 Asia Tenggara
Ciri-ciri pokok:            Pokok memanjat dan akarnya melekat pada pokok besar.
                                                 Boleh mencapai ketinggian 17 m.
                                       Mempunyai daun yang kecil tetapi apabila melekap pada pokok  daunnya akan menjadi besar mencapai 30-90 cm panjang dan 15- 40 cm lebar.
Pembiakan:               Keratan  pucuk berdaun atau dengan tunas yang mempunyai akar udara.

11



Famili:                         Araceae
Nama Saintifik:           Dieffenbachia maculata
Nama Tempatan:         Rudolf Roehrs
Negara asal:                 Amerika selatan dan Amerika Tengah
Ciri-ciri Pokok:            Antara spesis yang paling cantik,
                                     Daun bujur panjang dan tirus dihujung
                                     Panjang daun 20-30cm dan 12-15 cm lebar.
 Daun muda berwarna putih susu dan tepi berbintik hijau.    
Pembiakan:                  Menanam keratan pucuk berdaun.

12




Famili:                         Agavaceae
Nama Saintifik:           Hydrangea macrophylla
Nama tempatan:          Bunga tiga bulan
Negara asal:                 China
Ciri-ciri pokok:           Tinggi 20-60 cm,  berbatang dan dahan yang lembut
Daun bentuk bujur tajam dan bergerigi di tepi., 8-20 cm panjang dan 5-12 cm lebar.
Sejambak bunga terdiri dari beratus-ratus bunga yang tersusun rapat membentuk kepala bunga di hujung dahan.
Pembiakan:                 Keratan batang



LEBAH DAN SPBT...

Unit SPBT SMKKD 10 memilih lebah madu sebagai maskot unit ini adalah kerana sifat lebah itu sendiri. Sifat dan gaya hidup lebah telah menjadi ikutan dalam menggerakkan unit SPBT di sekolah ini. Organisasi pembahagian tugas dan budaya kerja secara berpasukan memudahkan segala urusan SPBT berjalan dengan baik dan lancar.


"LEBAH DAN MADU MEMBERI BANYAK MANFAAT KEPADA MANUSIA, BEGITU JUGA UNIT SPBT SMKKD 10 YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA WARGA SEKOLAH"

PROGRAM SPBT YANG DIJALANKAN

1. PROGRAM PRIHATIN TEKS 1


  • program ini bagi memastikan para murid lebih menghargai buku-buku teks yang dipinjamkan





2. PELANTIKAN PENGAWAS SPBT


  • pada 20 April 2015, Majlis Pelantikan Pengawas SPBT sesi 2014/2015 telah diadakan di dataran perhimpunan. Pengawas lantikan baru terdiri daripada 12 orang murid tingkatan 2. Majlis berjalan lancar didahului dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Petang, Puan Hajjah Norizan Binti Osman. 





3. PEMANTAUAN BUKU TEKS


  • pada 14 dan 15 April 2015, telah berlangsung pemantauan setiap buku teks SPBT yang telah dipinjam oleh murid. Program ini bertujuan untuk mendidik para murid menyayangi buku teks yang telah diberi pinjam oleh pihak kerajaan.




4. PROGRAM BERSAMAMU SPBT


  • Pada 1 April, telah berlangsung sebuah Program iaitu Program Bersama SPBT. Program ini bertujuan untuk pinjaman sementara bagi murid yang mengambil PT3 dan SPM. Murid-murid bagi calon PT3 2015 dibenarkan membuat pinjaman buku teks untuk tingkatan 1 dan 2, manakala murid-murid bagi calon SPM 2015 dibenarkan membuat pinjaman buku teks bagi buku-buku tingkatan 4.
  • Program ini diharap dapat memberi peluang para murid untuk mengulangkaji matapelajaran bagi matapelajaran tingkatan yang lalu



5. HARI SPBT 



6. LATIHAN DALAMAN SIMULASI




7. PROGRAM PRIHATIN TEKS 2