Wednesday, 13 May 2015

Info Flora di Laman SPBT

Berikut merupakan informasi mengenai tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Taman SPBT :
1



Famili:                         Zingiberaceae
Nama Saintifik:           Alpinia purpurata.
Nama Tempatan:         Alpinia merah
Negara Asal:               Kepulauan Pasifik dan Maluku
Ciri-ciri pokok:            Tinggi antara 30cm-40cm
Daun bujur runcing, 10-15 cm panjang tersusun berselang seli di kiri kanan batang.
Bunga tersusun rapi pada jambak di pucuk                           
Pembiakan:                  Dibiakkan dengan cara belahan rumpun atau menanam rizomnya
Pokok ini sesuai ditanam di kawasan redup, tepi bangunan yang agak terlindung dari cahaya matahari.

2




Famili:                         Liliaceae
Nama Saintifik:           Chlorophytum comosum.
Nama Tempatan:         Spider plant @ Klorofitum
Negara Asal:                Afrika Selatan
Ciri-ciri Pokok:        Hidup berperdu, mempunyai daun berbentuk linear, tepi berjalur  hijau dan tengah berjalur putih
Pembiakan:           Belahan rumpun atau menanam anak yang terdapat pada hujung tangkai bunga.

3




Famili:                         Liliaceae
Nama Saintifik:           Asparagus densiflorus
Nama Tempatan:         Sprengeri Fern @ Asparagus “Sprengeri”
Negara asal:                 Afrika Selatan
Ciri-Ciri Pokok:           Batang berduri dan tidak begitu suka memanjat
                                    Daun  tirus 2 cm dan  tidak tersusun rapat
                                    Batang kecil dan berwarna putih kekuningan
Buah berbentuk beri berwarna hijau dan merah apabila masak.
Pembiakan:                  Belahan rumpun dan semaian biji benih
Pokok ini biasanya ditanam dalam pasu dan digantung.
Ia juga  ditanam secara berkelompok sebagai tanaman tutup bumi.

4



Famili:                         Pandanaceae
Nama Saintifik:           Pandanus sanderi.
Nama Tempatan:         Pandan kuning
Negara Asal:               Polynesia
Ciri-ciri pokok:            Tinggi 3 – 6 m
                                    Daun hijau berjalur kuning
                                    Tepi daun dan urat daun berduri.
Pembiakan:                  Menanam anak pokok.
Semasa kecil sesuai ditanam dalam pasu, tetapi apabila besar ia lebih sesuai ditanam atas tanah.

5




Famli:                          Polypodiaceae
Nama Saintifik:           Adiantum radianum.
Nama Tempatan:         Adiantum
Negara asal:                 Tropika Amerika
Ciri-Ciri Pokok:           Hidup berumpun, ketinggiannya 25-35 cm.
Berdaun majmuk, tepinya bercuping halus.
Batang pelepahnya berwarna hitam dan keras.
Pembiakannya:           Belahan atau membahagi rumpun dan ditanam dalam pasu.
Elakkan menyiram daunnya dan diletakkan ditempat teduh.

6




Famili:                         Amaryllidaceae
Nama Saintifik:           Crinum asiaticum L.
Nama tempatan:          Krinum @ Spider Lily
Negara Asal:               Selatan Asia
Ciri-ciri Pokok:            Bebawang besar berukuran 15 cm diameter
Pada setiap pokok terdapat 20-30 daun berbentuk pedang berukuran 1-1.5 m panjang dan 7-10 cm lebar dan berwarna hijau muda.
Bunganya keluar dari celah daun dalam jambak yang bertangkai panjang. Terdapat 15-20 kuntum bunga berwarna putih, stamen dan pistil merah keungguan
Pembiakan:                 Menanam bebawang yang telah cukup tua atau membelah rumpun. Ditanam  atas batas yang mendapat cahaya matahari secukupnya.

7



Famili:                         Marantaceae
Nama Saintifik:           Calathea ornata.
Nama Tempatan:         Kalatea
Negara asal:                 Kawasan Tropika Amerika
Ciri-ciri pokok:            Hidup berumpun
                                    Tinggi 0.6-1 m.
Daunnya bujur buntar 15-60 cm panjang dan 6-15 cm lebar.
Daun berwarna hijau keungguan dan terdapat garis putih tersusun.
Pembiakan:                 Pembiakan cara belahan dan ditanam dalam pasu.

8



Famili:                         Agavaceae
Nama Saintifik:           Cordyline terminalis.
Nama Tempatan:         Kodilina @ Jenjuang
Negara asal:                 Asia Tenggara, Australia
Ciri-ciri Pokok:          Batang lurus tidak bercabang, daun tersusun berbentuk roset lebat di pucuk
Daun menarik berwarna warni.
Bunga putih kemerahan, buah berbentuk beri.
Pembiakan:                  Kertan batang atau pucuk berdaun.
Ditanam secara berkelomok atau bercampur dengan pokok lain.

9




Famili:                         Agavaceae
Nama Saintifik:           Dracaena fragrans.
Nama Tempatan:         Drasina Wangi
Negara asal:                 Tidak diketahui
Ciri-ciri pokok:            Batang lurus, keras dan tidak bercabang.
Tinggi 5-7m, daun sesil tumbuh roset 50-90 cm panjang, 7-10 cm lebar dan berwarna hijau tua.
Pembiakan:                  Keratan batang atau pucuk berdaun.

10




Famili:                         Araceae
Nama Saintifik:           Scindapsus aureus.
Nama Tempatan:         Money plant @ Kelampayan
Negara asal:                 Asia Tenggara
Ciri-ciri pokok:            Pokok memanjat dan akarnya melekat pada pokok besar.
                                                 Boleh mencapai ketinggian 17 m.
                                       Mempunyai daun yang kecil tetapi apabila melekap pada pokok  daunnya akan menjadi besar mencapai 30-90 cm panjang dan 15- 40 cm lebar.
Pembiakan:               Keratan  pucuk berdaun atau dengan tunas yang mempunyai akar udara.

11



Famili:                         Araceae
Nama Saintifik:           Dieffenbachia maculata
Nama Tempatan:         Rudolf Roehrs
Negara asal:                 Amerika selatan dan Amerika Tengah
Ciri-ciri Pokok:            Antara spesis yang paling cantik,
                                     Daun bujur panjang dan tirus dihujung
                                     Panjang daun 20-30cm dan 12-15 cm lebar.
 Daun muda berwarna putih susu dan tepi berbintik hijau.    
Pembiakan:                  Menanam keratan pucuk berdaun.

12




Famili:                         Agavaceae
Nama Saintifik:           Hydrangea macrophylla
Nama tempatan:          Bunga tiga bulan
Negara asal:                 China
Ciri-ciri pokok:           Tinggi 20-60 cm,  berbatang dan dahan yang lembut
Daun bentuk bujur tajam dan bergerigi di tepi., 8-20 cm panjang dan 5-12 cm lebar.
Sejambak bunga terdiri dari beratus-ratus bunga yang tersusun rapat membentuk kepala bunga di hujung dahan.
Pembiakan:                 Keratan batang



No comments:

Post a Comment