Pada 14 Mei 2015, pihak pemantau dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah hadir bagi menilai pengurusan buku teks KD10 bermula dari jan 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pemantauan diwakili oleh Puan Norafidah Binti Norshah dan Encik Mohd. Saifudin Bin Mat Piah dimana kedua-dua mereka selaku Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks di KPM.
Pemarkahan diambil dari pelbagai aspek seperti pengurusan fail serta keceriaan bilik BOSS, Taman SPBT, Laman SPBT dan Aqua SPBT.
Debaran guru-guru dan para pengawas SPBT amat terasa menantikan keputusan yang bakal diumumkan kelak. Doakan kami di KD10 berjaya tercalon sebagai calon 5 terbaik!
Puan Norafidah Binti Norshah |
Pemantauan fail |